WELCOME

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke blog pertama saya yang menceritakan segala perkara yang berkaitan tentang e-portfolio. Sebagai salah seorang daripada pelajar jurusan pendidikan sains biologi di UPSI, saya dilatih supaya mahir menggunakan alat electronik.

Hal ini dilaksanakan supaya para graduan yang bakal bergelar seorang guru tidak kekok dalam mrnggunakan kemudahan ICT yang telah tersedia di setiap sekolah.

Bagi mencapai matlamat ini, pihak Fakulti Sains dan Teknologi UPSI telah berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk mewujudkan satu kos yangdiberi nama TBC.

Kos ini melatih saya menggunakan pelbagai alat bantu dalam mengajar termasuklah penggunaan smart bord dan juga e-portfolio.

blog ini akan dimuatkan dengan hasil pembelajaran saya di dalam kos tersebut.

diharap anda akan menjadi pengunjung setia blog ini.

Akhir kata tontonlah video di bawah. Video ini banyak memberi iktibar kepada saya. Saya harap ia juga mampu memberi iktibar kepada anda semua.

-smile-

-peace-

0 comments:



Post a Comment